Name:

The objective of the CCDP is to increase communication access to network services and facilities. While the program is funded by the MCMC, it is owned by the local communities. This program would involve local councils, state governments, NGO's and MCMC and will embark on long tern self sustaining programs. The CCDP will not only enable the local communities to help bridge the digital divide, but also provide the local economics activities to be marketed via a new medium, i.e. over the World Wide Web.

Sunday, March 26, 2006

KAMPUNG TUA

SEJARAH RINGKAS

KAMPUNG TUA , sebuah kampung yang terletak didalam Daerah Perak Tengah dibawah Pentadbiran Pejabat Daerah Seri Iskandar dan Penghulu Mukim Lambor , mempunyai penduduk seramai 800 orang yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Kegiatan utama masyarakat disini adalah didalam bidang pertanian -sebahagian daripadanya adalah mengusahakan kebun-kebun dan ternakan.

BOTA KANAN, merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan kampung ini.
Jarak perjalanan dari Bota Kanan ialah 9.4 km, Kampung Gajah 14.7 km dan Parit 26 km.

KAMPUNG TUA adalah sebuah perkampungan Melayu yang tertua didalam Mukim Lambor, sejarah nama nya adalah diberikan oleh Sultan Muzafar Shah (1) semasa baginda mudik kehulu Sungai Perak untuk mencari penempatan untuk didirikan sebuah Istana baginda.

PENUBUHAN KEDAIKOM

Penubuhan kedai komunikasi rakyat atau dikenali dengan nama "Kedaikom" merupakan satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dibawah program Komunikasi Rakyat untuk menyediakan kemudahan komunikasi disamping meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa didalam bidang IT. Dengan kemudahan yang disediakan ini diharapkan akan dapat menjana perkembangan Ilmu dan kemajuan sosio-ekonomi masyarakat setempat melalui kemudahan internet yang disediakan.

Walaupun kos bagi pelaksanaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh SKMM, ianya adalah menjadi milik komuniti tempatan, Program ini melibatkan penguasa tempatan, ketua komuniti, badan-badan kerajaan dan agensi negeri, NGO dan lain-lain dengan tujuan untuk pembangunan jangka panjang dan berterusan.Matlamat PPKR adalah untuk membangun dan melaksanakan program bersepadu yang :
  1. Mempunyai kesan sosio-ekonomi yang positif kepada komuniti
  2. Menyediakan perkhidmatan komunikasi sebagai pentas pembangunan kapasiti pada masa kini dan akan datang melalui ekses kepada kemudahan rangkaian komunikasi secara kelompok kepada komuniti tempatan.
Matlamat serta objektif bagi elemen Pembangunan Kapasiti PPKR didalam komuniti:
  1. Membolehkan komuniti d luar bandar menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui penggunaan kemudahan komunikasi dan multimedia.
  2. Menghubungkan komuniti luar bandar dengan pengetahuan ekonomi sosial dan membantu penggunaan teknologi dan
  3. Mempertingkatkan capaian informasi dan peluang untuk komuniti di luar bandar dalam pembangunan sosio ekonomi.
Kampung Tua berbangga terpilih menjadi sebahagian daripada program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan sebagi langkah untuk meningkatkan lagi keupayaan komuniti didalam bidang IT








0 Comments:

Post a Comment

<< Home