Kedaikom Batu 16, Lambor Kanan

Name:

The objective of the CCDP is to increase communication access to network services and facilities. While the program is funded by the MCMC, it is owned by the local communities. This program would involve local councils, state governments, NGO's and MCMC and will embark on long tern self sustaining programs. The CCDP will not only enable the local communities to help bridge the digital divide, but also provide the local economics activities to be marketed via a new medium, i.e. over the World Wide Web.

Monday, March 27, 2006

Hikayat Pak Kaduk @ Lagenda Ikan Tapah

Hikayat Pak Kaduk @Lagenda Ikan Tapah Ikan tapah merupakan ikan air tawar yang boleh membesar sehingga 5 kaki panjang dan lebar hampir 3 kaki, Ikan ini berwarna hitam dan mempunayai garisan ditengah badannya, Bagi masyarakat atau keturunan Pak Kaduk yang masih ada dan tinggal di Kampung Tua, Lambor Kanan- Ikan ini merupakan salah satu pantang larang yang seharusnya dikuti sejak berzaman lagi.

Asal Empunya Cerita:
Cerita ini berasal dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga Emas Kerongsang Ikan tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 pada umur 90 tahun.

Bermulanya kisah,
Dizaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan disamping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan daripada rakyat jelata , golongan bangsawan hingga lah Sultan.

Pak Kadok.
Kebetulan pada zaman itu, saorang pemuda berketurunan raja dari Negeri Siak, Sumatera bernama Kadok memulakan perlayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru akhirnya telah sampai ke tebing Sungai Perak bernama Lambor (menurut cerita Pandak Logam ) di Kampung Pulau.Lambor Kiri, disana Kadok diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya telah mendapat jodoh dengan gadis kampung dan telah menetap beberapa lama disana ( Kampung Pulau , Lambor Kiri) Kadok mempunyai kegemaran menangkap ikan, Mencari rotan dan menyabong ayam.Adapun Menyabong ayam adalah salah satu permainan yang amat digemarinya.

Rumah Hajah Hasmah binti Pandak Logam di Kampung Tua , Lambor Kanan

Ayam

Pada suatu hari, Kadok ternampak saekor ular sedang menggongong sebiji telur ayam dan meletakkan dihadapan rumahnya, kemudian ular tersebut berlalu dan menghilangkan diri.Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya, akhirnya telur tersebut menetas dan kaduk telah mendapat saekor ayam sabung yang mat cantik dinamakan Biring SiKunani, Ayam sabung kadok ini terlalu handal dan sentiasa menang didalam pertandingan sehinggakan penduduk dan golongan bangsawan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk.

Pertarungan Ayam
Berita kehebatan ayam sabungan kaduk mendapat perhatian daripada sultan, lalu baginda mencabar kaduk untuk menyabung ayam, dengan syarat yang ditetapkan oleh sultan, diantara syarat-syaratnya ialah :-
  1. Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam sultan yang bernama Si Jalak Mata Putih
  2. Pertaruhannya ialah kampung halaman dan segala isirumah
Dan syarat dipihak sultan pula:
  1. Kaduk akan diberi kuasa memeritah sebahagian daripada Negeri dan kawasan jika ayam sabungan sultan kalah
Tanpa berfikir panjang Kaduk pun menerima syarat tersebut, kerana dia sudah terlalu lama tidak menyabung.

Kekalahan.
Sebagaimana yang telah dijangkakan daripada awal ayam Kaduk yang ditukarkan dengan ayam sultan telah pun menag, dan Kaduk bersorak kerana ayam nya menang, tetapi dia lupa bahawa ayan itu telah menjadi milik sultan, setelah pengumuman dibuat baru la Kaduk sedar dia telah dipermainkan oleh sultan. Maka dengan berpegangkan pada janji dan syarat sabungan Kaduk terpaksa menerahkan kampung halaman, isteri dan anak perempuannya kepada sultan, tinggallah kaduk sehelai sepinggang bersama saekor kucing kerana semasa sultan mengambil taruhan tersebut kucing tiada dirumah kalau tidak semuanya akan menjadi milik sultan.

Kadik pun berundur ke sebuah pulau ( Pulau ialah suatu tempat ditepi Sungai Perak dimana masyarakat kampung mengusahakan padi huma dan jagung) bersama kucingnya didalam senuah dangau ( Dangau ialah pondok kecil tempat berehat di pulau). sambil Kaduk memikirkan masa depannya datang kembali kucing kesayangan dengan mengiau ngiau dan mengigit kaki Kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau namun kucing tersebut tetap juga begitu.















Sukan Tradisi Kampung Tua

Bola Tampar Merupakan satu sukan tradisi di Kampung Tua dan telah banyak melahirkan pemain yang berkebolehan dikalangan anak-anak melayu. Bermula dari tahun 1973 sehingga kini masih berkembang. Diatas dorongan dan semangat yang diberikan oleh beberapa tokoh terhadap sukan ini, dalam memberi sumbangan peralatan ianya telah menaikkan nama Kampung Tua seterusnya Perak Tengah dimata masyarakat bukan Melayu

Pasukan ini merupakan sebuah Pasukan ynag telah dikenali diperingkat Negeri Perak sebagai sebuah pasukan tunggal Melayu bawah 18 tahun yang paling aktif didalam sukan Bola Tampar (MSSPK) Perak

Sejak tahun1973 hingga kini, pasukan bola tampar Lambor atau Kampung Tua telah banyak menjuarai kejohanan di peringkat umur bawah 18 tahun, bawah 12 tahun, Sukan Perak dan Liga MASSA.

Pasukan Bolatampar ini pernah ditaja oleh Syarikat Perkapalan PSC Naval Dock Yard Lumut, bagi mewakili kejohanan Bolatampar TLDM di Lumut. Telah menjuarai sebanyak 10 kali berturut-turut didalam kejohanan bawah 18 tahun Daerah Perak Tengah.

Kecemerlangan:
  1. Johan Bawah 18 tahun sebanyak 10 kali 1997-2005
  2. Tempat 3 dan 4 MSSPK Perak sebanyak 2 kali
  3. Tempat ke 3 dan 4 kejohanan Sukan Perak 2003-2005
  4. Tempat ke 3 bawah 12 tahun MSSPK Perak 1997
  5. Tempat ke 2 bawah 18 tahun ( perempuan ) Daerah 1998-2003
Jurulatih-Jurulatih

Redzuan Bin Mohamed Junid
Jurulatih Negeri Perak ( SC )
Jurulatih Skill,(Pembentukan Pemain) Lelaki dan Perempuan

Jurulatih Perempuan Bawah 18 Tahun, Bawah 12 Tahun

Jurulatih Pembangunan Sukan Bola Tampar

Jurulatih SUPER Perempuan Bawah 21 Tahun

Pengalaman 10 Tahun



Nor Rashid Bin Untung
Jurulatih Kebangsaan ( NC )
Jurulatih Lelaki Bawah 18 Tahun Perak
Jurulatih PSKPP Jurulatih SUPER Lelaki Bawah 21 tahun
Jurulatih Teknikal
Jurulatih Pembangunan Sukan Bola Tampar

Pengalaman 20 tahun


Pemain yang telah Terpilih Menjadi Pemain Negeri /Sukma
  1. Faizul bin Zabari.( Perak/SUKMA)
  2. Mohsein Muhaideen.(Perak)
  3. Khairul Nizam (Perak)
  4. Saiful Muzamir (Perak)
  5. Mohd Farid (Perak)
  6. Rohayu (Perak)
  7. Norli (Perak)
  8. Saifuddin (Perak)
Terbaik Daerah
  1. Faizul Zabari (Spiker)
  2. Mohsein (Spiker)
  3. Mohd Daud (Setter)
  4. Isa Mohamad (Setter)
  5. Saifullah ( Labero)

Sunday, March 26, 2006


Kedaikom Batu 16, Kampung Tua.

Kedaikom ini ditubuhkan melalui Program yang dinamakan program Komunikasi Rakyat dimana fungsinya untuk mengurangkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan desa.
Kampung Tua telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi mengembangkan Ilmu ini kepada Masyarakat desa.

Kronologi Kedaikom
  1. Pada bula September 2003, proses penyediaan keperluan fizikal dikedaikom.
  2. Projek ini menggunakan sistem Jalur Lebar yang dipancarkan terus ke Satelite Measat 2
  3. Bulan Oktober 2003 percubaan pertama teknologi ini telah dibuat
  4. Pada 26 November 2003 Kedaikom telah digunakan secara rasmi.
Sehingga kini, kedaikom telah menerima seramai 10,045 orang pengunjung dimana sebahagian besar daripada nya adalah dikalangan pelajar sekolah dan kalangan para belia.
Sebagai pemangkin terhadap matlamat kerajaan kedaikom telah merancang dan mengambil beberapa alternatif supaya minat untuk mendalami ilmu IT tidak berkurangan. Diantara langkah langkah yang telah diambil adalah mempromosikan ke peringkat sekolah-sekolah, mengadakan kursus-kursus pengenalan, menanam minat serta kesedaran kepentingan teknologi ini dimasa akan datang, mengadakan kursus-kursus percuma dikalangan komuniti yang kurang berkemampuan dan anak anak yatim.

Pencapaian Kedaikom
  1. Anugerah Kedaikom Terbaik 2003
  2. Anugerah Kedaikom Terbaik ( Promosi) 2004
Pengusaha Kedaikom

Nama : Redzuan Bin Mohamed Junid
Email : rmf@time.net.my, kgtua@kedaikom.net.my




KAMPUNG TUA

SEJARAH RINGKAS

KAMPUNG TUA , sebuah kampung yang terletak didalam Daerah Perak Tengah dibawah Pentadbiran Pejabat Daerah Seri Iskandar dan Penghulu Mukim Lambor , mempunyai penduduk seramai 800 orang yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Kegiatan utama masyarakat disini adalah didalam bidang pertanian -sebahagian daripadanya adalah mengusahakan kebun-kebun dan ternakan.

BOTA KANAN, merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan kampung ini.
Jarak perjalanan dari Bota Kanan ialah 9.4 km, Kampung Gajah 14.7 km dan Parit 26 km.

KAMPUNG TUA adalah sebuah perkampungan Melayu yang tertua didalam Mukim Lambor, sejarah nama nya adalah diberikan oleh Sultan Muzafar Shah (1) semasa baginda mudik kehulu Sungai Perak untuk mencari penempatan untuk didirikan sebuah Istana baginda.

PENUBUHAN KEDAIKOM

Penubuhan kedai komunikasi rakyat atau dikenali dengan nama "Kedaikom" merupakan satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dibawah program Komunikasi Rakyat untuk menyediakan kemudahan komunikasi disamping meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa didalam bidang IT. Dengan kemudahan yang disediakan ini diharapkan akan dapat menjana perkembangan Ilmu dan kemajuan sosio-ekonomi masyarakat setempat melalui kemudahan internet yang disediakan.

Walaupun kos bagi pelaksanaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh SKMM, ianya adalah menjadi milik komuniti tempatan, Program ini melibatkan penguasa tempatan, ketua komuniti, badan-badan kerajaan dan agensi negeri, NGO dan lain-lain dengan tujuan untuk pembangunan jangka panjang dan berterusan.Matlamat PPKR adalah untuk membangun dan melaksanakan program bersepadu yang :
  1. Mempunyai kesan sosio-ekonomi yang positif kepada komuniti
  2. Menyediakan perkhidmatan komunikasi sebagai pentas pembangunan kapasiti pada masa kini dan akan datang melalui ekses kepada kemudahan rangkaian komunikasi secara kelompok kepada komuniti tempatan.
Matlamat serta objektif bagi elemen Pembangunan Kapasiti PPKR didalam komuniti:
  1. Membolehkan komuniti d luar bandar menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui penggunaan kemudahan komunikasi dan multimedia.
  2. Menghubungkan komuniti luar bandar dengan pengetahuan ekonomi sosial dan membantu penggunaan teknologi dan
  3. Mempertingkatkan capaian informasi dan peluang untuk komuniti di luar bandar dalam pembangunan sosio ekonomi.
Kampung Tua berbangga terpilih menjadi sebahagian daripada program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan sebagi langkah untuk meningkatkan lagi keupayaan komuniti didalam bidang IT