Name:

The objective of the CCDP is to increase communication access to network services and facilities. While the program is funded by the MCMC, it is owned by the local communities. This program would involve local councils, state governments, NGO's and MCMC and will embark on long tern self sustaining programs. The CCDP will not only enable the local communities to help bridge the digital divide, but also provide the local economics activities to be marketed via a new medium, i.e. over the World Wide Web.

Monday, March 27, 2006

Hikayat Pak Kaduk @ Lagenda Ikan Tapah

Hikayat Pak Kaduk @Lagenda Ikan Tapah Ikan tapah merupakan ikan air tawar yang boleh membesar sehingga 5 kaki panjang dan lebar hampir 3 kaki, Ikan ini berwarna hitam dan mempunayai garisan ditengah badannya, Bagi masyarakat atau keturunan Pak Kaduk yang masih ada dan tinggal di Kampung Tua, Lambor Kanan- Ikan ini merupakan salah satu pantang larang yang seharusnya dikuti sejak berzaman lagi.

Asal Empunya Cerita:
Cerita ini berasal dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga Emas Kerongsang Ikan tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 pada umur 90 tahun.

Bermulanya kisah,
Dizaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan disamping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan daripada rakyat jelata , golongan bangsawan hingga lah Sultan.

Pak Kadok.
Kebetulan pada zaman itu, saorang pemuda berketurunan raja dari Negeri Siak, Sumatera bernama Kadok memulakan perlayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru akhirnya telah sampai ke tebing Sungai Perak bernama Lambor (menurut cerita Pandak Logam ) di Kampung Pulau.Lambor Kiri, disana Kadok diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya telah mendapat jodoh dengan gadis kampung dan telah menetap beberapa lama disana ( Kampung Pulau , Lambor Kiri) Kadok mempunyai kegemaran menangkap ikan, Mencari rotan dan menyabong ayam.Adapun Menyabong ayam adalah salah satu permainan yang amat digemarinya.

Rumah Hajah Hasmah binti Pandak Logam di Kampung Tua , Lambor Kanan

Ayam

Pada suatu hari, Kadok ternampak saekor ular sedang menggongong sebiji telur ayam dan meletakkan dihadapan rumahnya, kemudian ular tersebut berlalu dan menghilangkan diri.Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya, akhirnya telur tersebut menetas dan kaduk telah mendapat saekor ayam sabung yang mat cantik dinamakan Biring SiKunani, Ayam sabung kadok ini terlalu handal dan sentiasa menang didalam pertandingan sehinggakan penduduk dan golongan bangsawan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk.

Pertarungan Ayam
Berita kehebatan ayam sabungan kaduk mendapat perhatian daripada sultan, lalu baginda mencabar kaduk untuk menyabung ayam, dengan syarat yang ditetapkan oleh sultan, diantara syarat-syaratnya ialah :-
  1. Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam sultan yang bernama Si Jalak Mata Putih
  2. Pertaruhannya ialah kampung halaman dan segala isirumah
Dan syarat dipihak sultan pula:
  1. Kaduk akan diberi kuasa memeritah sebahagian daripada Negeri dan kawasan jika ayam sabungan sultan kalah
Tanpa berfikir panjang Kaduk pun menerima syarat tersebut, kerana dia sudah terlalu lama tidak menyabung.

Kekalahan.
Sebagaimana yang telah dijangkakan daripada awal ayam Kaduk yang ditukarkan dengan ayam sultan telah pun menag, dan Kaduk bersorak kerana ayam nya menang, tetapi dia lupa bahawa ayan itu telah menjadi milik sultan, setelah pengumuman dibuat baru la Kaduk sedar dia telah dipermainkan oleh sultan. Maka dengan berpegangkan pada janji dan syarat sabungan Kaduk terpaksa menerahkan kampung halaman, isteri dan anak perempuannya kepada sultan, tinggallah kaduk sehelai sepinggang bersama saekor kucing kerana semasa sultan mengambil taruhan tersebut kucing tiada dirumah kalau tidak semuanya akan menjadi milik sultan.

Kadik pun berundur ke sebuah pulau ( Pulau ialah suatu tempat ditepi Sungai Perak dimana masyarakat kampung mengusahakan padi huma dan jagung) bersama kucingnya didalam senuah dangau ( Dangau ialah pondok kecil tempat berehat di pulau). sambil Kaduk memikirkan masa depannya datang kembali kucing kesayangan dengan mengiau ngiau dan mengigit kaki Kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau namun kucing tersebut tetap juga begitu.














1 Comments:

Blogger Penyelaras Bestari said...

come to update.... salam dimaya online http://sklamborkanan.blogspot.com

2:52 PM  

Post a Comment

<< Home