Name:

The objective of the CCDP is to increase communication access to network services and facilities. While the program is funded by the MCMC, it is owned by the local communities. This program would involve local councils, state governments, NGO's and MCMC and will embark on long tern self sustaining programs. The CCDP will not only enable the local communities to help bridge the digital divide, but also provide the local economics activities to be marketed via a new medium, i.e. over the World Wide Web.

Sunday, March 26, 2006


Kedaikom Batu 16, Kampung Tua.

Kedaikom ini ditubuhkan melalui Program yang dinamakan program Komunikasi Rakyat dimana fungsinya untuk mengurangkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan desa.
Kampung Tua telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi mengembangkan Ilmu ini kepada Masyarakat desa.

Kronologi Kedaikom
  1. Pada bula September 2003, proses penyediaan keperluan fizikal dikedaikom.
  2. Projek ini menggunakan sistem Jalur Lebar yang dipancarkan terus ke Satelite Measat 2
  3. Bulan Oktober 2003 percubaan pertama teknologi ini telah dibuat
  4. Pada 26 November 2003 Kedaikom telah digunakan secara rasmi.
Sehingga kini, kedaikom telah menerima seramai 10,045 orang pengunjung dimana sebahagian besar daripada nya adalah dikalangan pelajar sekolah dan kalangan para belia.
Sebagai pemangkin terhadap matlamat kerajaan kedaikom telah merancang dan mengambil beberapa alternatif supaya minat untuk mendalami ilmu IT tidak berkurangan. Diantara langkah langkah yang telah diambil adalah mempromosikan ke peringkat sekolah-sekolah, mengadakan kursus-kursus pengenalan, menanam minat serta kesedaran kepentingan teknologi ini dimasa akan datang, mengadakan kursus-kursus percuma dikalangan komuniti yang kurang berkemampuan dan anak anak yatim.

Pencapaian Kedaikom
  1. Anugerah Kedaikom Terbaik 2003
  2. Anugerah Kedaikom Terbaik ( Promosi) 2004
Pengusaha Kedaikom

Nama : Redzuan Bin Mohamed Junid
Email : rmf@time.net.my, kgtua@kedaikom.net.my




0 Comments:

Post a Comment

<< Home